Hakcipta 2008 Desquera4u.com Group. Tarikh rasmi laman web dilancarkan : 12 Disember 2007
PENAFIAN
Laman web ini bukanlah web rasmi Desquera Worldwide Sdn. Bhd. Desquera Worldwide tidak terlibat dalam apa jua cara di dalam penghasilan web ini dan tidak bertanggung jawab di atas segala maklumat yang terdapat di dalam web ini.Web ini adalah bertujuan untuk membantu ahli-ahli kami menjalankan aktiviti-aktiviti penajaan serta menjalankan perniagaan mereka. Segala maklumat yang terkandung di dalam ini diperolehi dari upline/leader dan laman-laman web yang berkaitan dengan nya.Admin Desquera4u.com
Design By e-one DQ3257
Saya amat berminat untuk menyertai Team Desquera4u. Bagaimana caranya? Untuk mendaftar sebagai Ahli
Selamat Datang ke www.desquera4u.com
.....Sumber Maklumat Untuk Desquera.....

LATARBELAKANG PENUBUHAN
Konvensyen Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang yang diadakan pada tahun 1994 di Universiti Sains Malaysia ( USM ) telah menyarankan bahawa pihak kerajaan perlu mewujudkan dana khas untuk Bumiputera di negara ini. Sehubungan itu, Pusat Penyelidikan Dasar, Universiti Sains Malaysia ( USM ) telah menubuhkan pasukan petugas bagi mengkaji keperluan dan cadangan penubuhan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga atau ringkasannya ( TEKUN ).
Projek perintis kepada program TEKUN ini dilaksanakan di Pulau Pinang dan seterusnya dikembangkan ke Jeli, Kelantan dan di Besut, Terengganu. Dengan kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan program perintis ini maka pihak Kerajaan telah menubuhkan Yayasan TEKUN Nasional pada tahun 1998 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan dan meletakkannya di bawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. TEKUN Nasional sehingga kini telah menjadi institusi pembiayaan kredit mikro yang mampu melahirkan ramai usahawan Bumiputera yang berdaya maju dan berjaya.

PERANCANGAN HALA TUJU BARU & PENJENAMAAN SEMULA TEKUN NASIONAL
Tahun 2008 adalah merupakan ulang tahun yang ke-10 penubuhan Yayasan TEKUN Nasional. Maka adalah wajar dan kena pada masanya bagi institusi ini membuat penilaian terhadap pencapaian dan prestasinya serta mengenalpasti segala kelemahan dan permasalahan yang dihadapi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Dalam masa yang sama, Yayasan ini perlu melakukan perubahan dan membuat pembaharuan supaya ianya mempunyai kelainan dengan institusi dan organisasi lain yang mempunyai peranan yang sama dengannya, selaras dengan Strategi Lautan Biru ( Blue Ocean Strategy ) untuk kekal dan relevan serta dapat memainkan peranannya dengan lebih berkesan. Menyedari hakikat dan keperluan inilah maka Yayasan TEKUN Nasional telah menentukan halatujunya yang baru ( repositioning ) serta membuat penjenamaan semula ( rebranding ) kepada Yayasan ini. Dengan halatuju yang baru ini, Yayasan TEKUN Nasional telah mengubah pernyataan Visi dan Misinya serta memantapkan lagi peranan dan objektifnya. Kini Yayasan TEKUN Nasional akan dikenalinya sebagai TEKUN Nasional dengan cogankata yang baru iaitu Melahirkan Usahawan Cemerlang ? Dengan halatuju dan penjenamaan semula ini, TEKUN Nasional berhasrat dan komited untuk menjadi agensi pelaksana yang berkesan dibawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang sama-sama menyumbang kearah melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera bagi memenuhi hasrat dan matlamat Kerajaan kearah pewujudan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera ( MPPB 2 ). Dengan keazaman, komitmen dan kegigihan Warga Kerja TEKUN Nasional serta sokongan dan kerjasama dari semua pihak, maka hasrat dan matlamat yang dicita-citakan ini akan tercapai. Insya Allah.